Demam kuning bayi: Punca dan cara menangani

Demam kuning bayi: Punca dan cara menangani

Kehadiran seorang bayi ialah satu keajaiban yang membawa sinar harapan yang tidak terbatas kepada dunia

— OPRAH WINFREY

Tidak dapat dinafikan, menggalas tugas sebagai ibu bapa merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan tetapi pada masa yang sama, penuh dengan cabaran apalagi bagi pasangan yang baru sahaja menginjakkan kaki ke dalam dunia ini. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan salah satu situasi yang hampir semua ibu bapa akan alami dalam proses membesarkan cahaya mata — jaundis bayi. 

Jaundis atau lebih dikenali dengan nama demam kuning merupakan penyakit biasa yang dialami oleh bayi selepas dilahirkan. Macam mana nak tahu anak anda demam kuning atau tidak? Cara yang paling mudah adalah dengan melihat kulit dan bahagian putih mata mereka. Jika darah bayi mengandungi kandungan bilirubin yang berlebihan, kulit dan bahagian putih mata mereka akan berubah warna menjadi kekuningan. Ini menandakan bayi anda mengalami  jaundis.

Bilirubin, secara saintifiknya, ialah pigmen semula jadi yang dihasilkan oleh badan semasa proses pemecahan sel darah merah. Kebiasaannya, pigmen tersebut akan diproses di hati kemudian disimpan sebagai garam hempedu di pundi hempedu sebelum dikeluarkan dalam bentuk najis bayi. Bayi demam kuning menandakan hati si kecil tidak dapat memproses bilirubin secara cekap atau badannya menghasilkan terlalu banyak bilirubin.

Punca-punca demam kuning

Kuning pada bayi baru lahir biasanya berlaku disebabkan oleh hati mereka yang masih dalam proses berkembang dan membesar. Walau bagaimanapun, mengikut American Liver Foundation (2023), terdapat beberapa situasi lain yang turut menyumbang kepada masalah tersebut.

  • Kumpulan darah bayi tidak sama dengan ibu
  • Bayi mengalami polisitemia (lahir dengan jumlah sel darah merah yang berlebihan)
  • Bayi mengalami sepsis (jangkitan darah)
  • Lebam semasa proses kelahiran
  • Bayi tertelan darah semasa proses kelahiran
  • Ibu mempunyai kencing manis

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan dan dihindari jika bayi terkena jaundis.

Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu beringat bahawa kesan demam kuning adalah berbeza bagi setiap bayi. Oleh itu, pastikan untuk sentiasa berkomunikasi dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan sokongan terbaik dalam proses merawat si kecil anda.



Rujukan

Rivera, W. (2023). Jaundice in Newborns: Facts, Causes & Symptoms. American Liver Foundation. https://liverfoundation.org/liver-diseases/complications-of-liver-disease/jaundice-in-newborns/

LEAVE A COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *