Bayi anda lapar? Macam mana nak tahu?

Bayi anda lapar? Macam mana nak tahu?

Parents, tahukah anda kalau bayi anda menangis itu tandanya anda dah lewat menyusukan mereka? Selain merasa tidak selesa, tangisan bayi juga bermaksud mereka sudah sangat lapar. Tanda-tanda yang ditunjukkan oleh si kecil anda ini dipanggil ‘feeding cues’.

Apa itu ‘feeding cues’? ‘Feeding cues’ yang juga dikenali sebagai ‘hungry cues’ merujuk kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh bayi yang baru lahir apabila mereka lapar dan ingin menyusu. Sangat penting untuk ibu bapa memahami tanda-tanda ini agar:

  • Bayi mudah ‘attach’ untuk menyusu
  • Bayi mendapat nutrisi yang mencukupi untuk pertumbuhan mereka
  • Mengekalkan pengeluaran susu ibu 
  • Bayi tahu anda sentiasa ada untuk mereka

Terdapat tiga tahap feeding cues yang biasa ditunjukkan oleh bayi bermula daripada tahap awal, aktif sehingga lewat disusukan. Jom kita rujuk rajah di bawah untuk penerangan yang lebih lanjut.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, amat penting bagi anda untuk faham jika tangisan bayi anda bukan menandakan mereka baru sahaja merasa lapar tetapi mereka sebenarnya sudah berada pada fasa terakhir ‘feeding cues‘ dan merasa tertekan kerana mereka belum disusukan. 

Mengikut panduan Australian Breastfeeding Association (2022), selain daripada menangis, jika ibu bapa tidak ‘aware’ dengan feeding cues yang ditunjukkan oleh bayi mereka pada tahap awal dan aktif, situasi-situasi di bawah akan berlaku:

  • Sukar bagi bayi untuk ‘attach’ pada payudara ibu atau botol susu
  • Bayi tidak akan menyusu dengan baik
  • Puting ibu yang menyusu merasa sakit kerana bayi tidak ‘attach’ dengan baik

Untuk menangani situati-situasi di atas, anda harus menenangkan bayi anda terlebih dahulu sebelum cuba untuk menyusukan mereka.

Macam mana nak buat?

  • Peluk dan usap bayi anda
  • Lakukan ‘skin-to-skin contact’ dengan meletakkan mereka di atas dada anda
  • Bercakap dengan mereka

Rujukan

Feeding cues. (2022). Australian Breastfeeding Association. https://www.breastfeeding.asn.au/resources/feeding-cues

LEAVE A COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *