Asah si kecil anda supaya rajin solat dengan 5 tips ini!

Asah si kecil anda supaya rajin solat dengan 5 tips ini!

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ

Maksudnya: Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan ke muncaknya adalah berjihad  [Hadis riwayat al-Tirmizi]

Seperti yang dinyatakan dalam hadis diatas, solat merupakan tiang agama dan rukun islam yang kedua, menunjukkan betapa pentingnya bagi umat Islam untuk menyempurnakan ibadah ini. Lalu, apakah tuntutan solat ke atas si kecil? Rasulullah SAW mengajarkan bahawa:

  • Jika anak telah mencapai umur 7 tahun, maka perlu disuruh mereka untuk mendirikan solat 
  • Jika anak telah mencapai umur 10 tahun dan masih belum solat, maka pukul mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan sebagai didikan kepada mereka

Informasi ini diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Maksudnya: Perintahkanlah anak-anak kalian untuk mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukul lah mereka (jika mereka tidak mahu melaksanakannya) ketika mereka berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.

Hadith riwayat Abu Daud: (490)

Sumber: Laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan masing-masing dalam usaha mendidik anak-anak untuk menunaikan solat fardu lima waktu sejak mereka kecil lagi kerana anak-anak ibarat kain yang berwarna putih, ibu bapalah yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk mencorakkan mereka. 

Di bawah kami kongsikan tips-tips ringkas yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengasah anak-anak supaya rajin solat. Tips-tips ini boleh ditambah baik dan disesuaikan mengikut suasana keluarga masing- masing. Selamat mencuba! 

Rujukan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – Al-Kafi #1368 : Hukum Menyuruh Anak Belum Baligh untuk Qadha’ Solat. (2019). https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3685-al-kafi-1368-hukum-menyuruh-anak-belum-baligh-untuk-qadha-solat

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – Irsyad Al-Hadith Siri Ke-379: Solat Merupakan Tiang Agama. (2019). https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/3466-irsyad-al-hadith-siri-ke-379-solat-merupakan-tiang-agama

LEAVE A COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *